Syarikat pengangkutan darat awam dan barangan digesa supaya tidak menunggu saat akhir untuk mendaftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) berikutan penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumum Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.
KOTA BHARU, 8 JULAI: Kegiatan penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di negara ini perlu ditangani segera kerana ada segelintir peniaga membelinya dengan kuantiti yang banyak untuk kegunaan sendiri, tetapi turut mengaut keuntungan dengan menjual harga lebih murah kepada pihak industri.
PUTRAJAYA, 6 JUN: Peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan serta minuman dibenarkan terus menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa perlu memiliki permit khas sehingga pindaan baharu Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 dimuktamadkan Oktober ini.
PUTRAJAYA, 19 MAC: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri 2025 melibatkan 26 barangan akan dilaksanakan selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April.
PENAMPANG, 9 FEB: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Back to School tahun ini bagi memastikan rakyat mendapat akses barangan persekolahan pada harga murah berbanding pasaran.
SHAH ALAM, 6 FEB: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes menyentuh dakwaan kartel tipuan bida melibatkan 561 perusahaan dengan tender mencecah RM2.3 bilion.
SHAH ALAM, 3 DIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat penetapan berhubung agihan minyak masak paket bagi memastikan pengguna menerima manfaat barangan subdisi itu.
KOTA KINABALU, 12 OKT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap peruntukan program Jualan Rahmah MADANI ditambah dalam Belanjawan 2025 sebagai usaha meningkatkan kekerapan program itu di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara pada tahun depan.
KUDAT, 1 SEPT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 496 individu dan merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM80.11 juta dalam Op Tiris 3.0 yang dijalankan antara 1 Januari hingga 28 Ogos lalu.
IPOH, 14 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bertemu dengan lima syarikat minyak Khamis ini bagi mengenal pasti mekanisme pengeluaran kad fleet (fleet card) dengan kadar lebih cepat kepada pemohon subsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
SHAH ALAM, 10 JUL: Kerajaan pertimbang cadangan memperluas jenis pengangkutan barangan dalam senarai layak menerima subsidi diesel, kata menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup.
BANGI, 5 MEI: Nama syarikat pembungkusan semula minyak masak bersubsidi yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti penyelewengan barangan kawalan itu akan didedahkan sebaik laporan lengkap diterima, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
SHAH ALAM, 14 MAC: Pengguna digesa membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jika harga makanan atau barangan di pasaran tidak munasabah.
PAPAR, 10 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah (PJR) sepanjang Ramadan tahun ini melibatkan 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara.
KOTA KINABALU, 22 FEB: Lebih RM5 juta barangan bersubsidi yang diselewengkan dan cuba diseludup keluar dari negara ini berjaya dirampas dalam Ops Tiris 3.0 yang dijalankan dari 1 Januari hingga 15 Februari lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
TENOM, 7 JAN: Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka 88 kertas siasatan berkaitan aduan penipuan pakej umrah baru-baru ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
PAPAR, 31 DIS: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan Selasa ini membolehkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang layak untuk menerima subsidi bersasar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
PITAS, 12 NOV: Sebanyak 8,841 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu memuatkan lebih 2.1 juta orang, disediakan bagi menghadapi banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) melanda negara yang diramal bermula bulan ini.
KOTA KINABALU, 22 OKT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited untuk menambah baik inisiatif Program Jualan Rahmah sebagai usaha memastikan manfaatnya terus dinikmati golongan sasar di seluruh negara pada tahun depan.
PUTRAJAYA, 22 SEPT: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diarahkan untuk menumpu kepada 89 titik panas (hotspot) yang dikenal pasti sebagai daerah berpotensi dilanda banjir khususnya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.